Monday, 27 May 2013

Pertumbuhan Gigi Susu

Senyuman bayi tanpa gigi adalah satu terapi bagi kebanyakan ibu bapa setelah penat seharian bekerja. Akan tetapi, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang dan mungkin anda perlu berjaga malam untuk menenangkan bayi anda ketika proses pertumbuhan gigi mereka. Ini kerana mereka merasa kesakitan gigi yang ingin menembusi gusi mereka.




Tanda-tanda pertumbuhan gigi susu bayi anda: 
* berlebihan air liur meleleh
* rasa sakit yang agak teruk — selalunya bermula selama sebulan atau dua sebelum acara kemuncak.
* mula menggigit jari dan menggosokkan jari mereka pada gusi untuk mengurangkan rasa tidak selesa
* gelisah
* pipi dan gusi kemerah-merahan
* kurang minum susu
* mula mencari benda pepejal untuk digigit
* demam suhu meningkat
* kembung perut kerana hilang selera makan
* menangis tanpa henti dan sebab

Bagaimana anda dapat membantu bayi anda:
* berdasarkan pengalaman saya, Gripwater amat membantu bagi mengelakkan kembung perut akibat tidak selesa kerana hilang selera makan dan minum
* beri bayi anda sesuatu untuk dikunyah seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Ini boleh memberikan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk terus dari peti sejuk seperti puri epal atau yogurt.
* berikan paracetamol dengan dos yang betul untuk menurunkan suhu badan dan kesakitan bayi anda.
* sapukan gel penahan sakit gusi pada gusi yang berkenaan kerana bayi tidak pandai meludah dan gel yang berlebihan mungkin akan tertelan.
* berikan biskut khas yang sesuai untuk pertumbuhan gigi bayi.

Peringkat pertumbuhan gigi susu bayi anda:
6 - 9 bulan : Gigi kacip (insisor)
12 - 15 bulan: Gigi geraham (molar) pertama
18 - 20 bulan: Gigi taring (kanin)
24 - 36 bulan: Gigi geraham (molar) kedua 


Zat yang sesuai untuk membantu pembentukkan sempurna gigi bayi anda:
Protein, Kalsium,Fosfat, dan vitamin (seperti vitamin C dan vitamin D) adalah sesuai untuk membantu pembentukkan bayi anda. Jenis-jenis makanan yang sesuai dengan usia bayi anda adalah seperti: bubur nasi, isi ikan dan ayam, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Susu juga adalah perkara wajib diberikan kepada bayi.

Pada kebiasaannya, saya memberikan bayi saya bubur nasi yang dimasak bersama isi ikan atau ayam berserta sayur-sayuran seperti lobak merah dan kentang. Buah-buahan seperti anggur dan epal merah diberikan 1 jam sebelum diberikan bubur nasi untuk membantu sistem pencernaan bayi saya.

Kebiasaannya, gigi tumbuh dengan berturut-turut dan mengikut turutan pertumbuhan gigi anak. Dimulai dengan bahagian depan sebelah bawah, kemudian ditengah sebelah atas, diikuti yang dibahagian tepi dan belakang.

Kata orang-orang tua, pertumbuhan gigi selalunya mengikut keturunan. Sekiranya gigi anda tumbuh awal kebarangkalian bayi anda juga akan melalui perkara yang sama. Wallahuallam..

Friday, 24 May 2013

Pantang Larang Orang Penyakit Asma


Berikut adalah pantang larang yang harus diikuti oleh pengidap jenis sakit yang 
disebutkan.

Sebelum itu, HH4U ingin berpesan agar mendahulu cara perubatan moden 
terlebih dahulu. Petua Orang Tua biasanya akan dijadikan alternatif lain atau 
akhir selepas perubatan moden tidak mendatangkan kesan.
Maklumlah, kadang-kadang punca sakit itu adalah 'datang' daripada tindak 
balas pihak 'ketiga' yang tidak disedari atau tidak diketahui disebabkan 
tindakan kita sendiri.

asap rokok

Pantang larang dimaksudkan tadi ialah;

1. asap dari kereta, rokok, asap kilang dan lain-lain asap.
2. makanan kering seperti ikan masin, udang, sotong, ketam, ikan bilis.
3. sayuran seperti timun, kacang tanduk dan terung....rebung juga.
4. makanan basah seperti ketam, kerang, sotong dan udang.
5. kulit binatang seperti kulit ayam, itik, lembu dsb. dan lemak serta otak.
6. bulu dari binatang seperti kucing, anjing dsb.
7. Habuk jalan raya dan dalam rumah.
8. minyak wangi.
9. semua jenis minuman sejuk dari peti sejuk & makanan sejuk seperti ais krim dsb.
10. kimia seperti diesel.
11. ubat-ubatan yang tidak sesuai dengan pengidap.
12. gigitan serangga.
13. angin sejuk dan air hujan.
14. habuk dari bunga-bunga spt bunga matahari.

Mungkin bagi anda yang mengidap sakit lelah semua yang dinyatakan di atas adalah 
kesukaan anda. Maksudnya begini..makanan itu kesukaan anda. Mandi hujan juga 
kesukaan anda. Aktiviti lasak..di tempat berhabuk juga hobi anda.

Apa pun, bersabarlah ketika mula mendapatkan rawatan untuk sakit ini. Bersabarlah 
dalam tempoh tersebut untuk terus memakan ubat yang disyorkan. APAKAH 
JENIS UBAT yang disarankan?

Jawapan HH4u adalah AHS, tetapi tanggungjawab anda pergi berjumpa doktor 
dan mendapatkan nasihat mereka. JADI APAKAH PETUA ORANG TUA KALI INI?

HH4U menasihatkan IKUTILAH PANDUAN PANTANG LARANG INI semasa berubat.

Selamat mencuba!

Wednesday, 22 May 2013

Cara Menghilangkan Sakit Senggugut

Senggugut pastinya menjadi kerunsingan buat wanita yang sudah matang kerana dikatakan senggugut merupakan sakit ketika period atau haid yang amat menyakitkan. Walaupun orang kata sakit ketika hendak melahirkan anak lebih sakit daripada senggugut dan disebabkan itu Tuhan menjadikan wanita dengan perlu menghadapi senggugut ini..

Walaubagaimanapun Kami (Heiffa Health4u) akan membantu dan memberi tip-tip berguna untuk wanita disana, didalam blog mahupun didalam FB. Baca dan perantiskan semoga dapat membantu anda.
wanita matang senggugut















15 cara menghilangkan senggugut

Pilihan 1 :

Cari 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Pilihan 2 : 

Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda pasti akan merasa lega sendiri.

Pilihan 3 : 

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Pilihan 4 : 

Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Pilihan 5 : 

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

Pilihan 6 : 

Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Pilihan 7 : 

Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.

Pilihan 8 : 

Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

Pilihan 9 : 

Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 10 :
 

Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 11 : 

Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

Pilihan 12 : 

Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

Pilihan 13 : 

Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

Pilihan 14 : 

Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

Pilihan 15 :
 

Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.
#Produk kami pun dapat membantu masalah senggugut ini, jika anda rasa MALAS hendak buat semua diatas belilah Ariffbillah Habbatus Sauda (AHS), sebotol RM36 dan dapat juga membantu masalah-masalah yang lain In Sha Allah..

Sunday, 19 May 2013

Risiko penyakit pembuluh darah

Kita sedia maklum bahawa terdapat kaitan secara rapat antara kegemukan dan penyakit jantung. Ia menjadi faktor utama seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol.

Penurunan berat badan banyak membantu dalam menurunkan kadar kedua-dua penyakit yang berkaitan dengan jantung ini. Kajian epidemik menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 3 mmHg tekanan sistolik dan 2 mmHg peningkatan tekanan diastolic apabila berat badan seseorang itu meningkat sebanyak 10 kilogram melepasi paras berat badan biasa.

Manakala untuk setiap 10 peratus peningkatan berat secara relatifnya dianggarkan bahawa 6.5 mmHg peningkatan terhadap sistem tekanan darah dalam tubuh.

Dalam satu kajian juga menunjukkan bahawa individu yang mempunyai berat badan berlebihan adalah berisiko lebih dari tiga kali ganda untuk menghadapi hypertension (darah tinggi) dan lebih 1.5 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kolesterol berlebihan berbanding dengan orang yang mempunyai BMI normal.


Diabetes
Sejumlah 30 peratus daripada jumlah kematian penyakit diabetes (kencing manis) disebabkan oleh faktor amalan diet pemakanan yang tidak seimbang serta corak kehidupan yang tidak sihat.

Obesiti atau kegemukan berlebihan adalah salah satu punca risiko utama dalam perkembangan diabetes jenis dua iaitu `non-insulindependent diabetes mellitus' (NIDDM).

Maklumat daripada kajian juga menunjukkan NIDDM adalah tiga kali ganda lebih biasa di kalangan orang obesiti berbanding tiada obesiti.

Kanser
Satu kajian besar yang telah dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kadar kanser prostat dan kolon adalah lebih tinggi di kalangan lelaki obesiti.

Manakala kanser seperti uterus, servik dan ovari menunjukkan peningkatan ketara di kalangan wanita obesiti. Sementara itu wanita yang hampir menopaus pula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Penyakit jantung dan pernafasan
Faktor mekanikal berkaitan dengan lemak berlebihan dalam badan boleh menjurus kepada kegagalan peparu berfungsi dengan baik. Obesiti yang tidak terkawal menjadi punca tidur berdengkur dan kegagalan bahagian sebelah kanan jantung untuk berfungsi.

Data daripada penyelidikan juga menunjukkan pesakit obesiti dan kadar kematian telah menunjukkan secara jelas hubung kait antaranya yang mencatatkan peningkatan risiko penyakit jantung dan kegagalan jantung berfungsi.

~ BH



Ariffbillah Habbtus Sauda dapat mengatasi masalah ini, In sha Allah..apalah sangat dengan harga RM36 ringgit harga ubat ini jika dibandingkan dengan kos akan datang.(jika anda terkena kanser dan lain-lain tu) kita kena mengatasi atau mencegah sebelum perkara ini berlaku..bak kata pepatatah mencegah lebih baik daripada mengubatinya atau mencegah sebelum kena..:-)




Thursday, 16 May 2013

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

mandi air dingin

Hari ini kami ingin berkongsikan perkara lain selain kebaikan pengunaan Habbatus Sauda..

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :
kulit halus & lembut

1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.




2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
gambarajah peredaran darah
3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih
stress

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.







sel darah

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...







# orang tua kata dulu mana ada air panas nak mandi / heat water yang ada sekarang..


Wednesday, 15 May 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan -Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!


Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.



1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Tuesday, 14 May 2013

Kanser prostat tak kenal usia


Tahukah anda, kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di seluruh dunia? Pada 2008 saja, sebanyak 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030.
Angka berkenaan tidak mustahil akan terus meningkat jika kaum lelaki masih tiada kesedaran terhadap penyakit paling ditakuti itu. Ramai yang tahu mengenainya namun ada juga yang ‘buat-buat tidak tahu’.
Perunding Klinikal Onkologi Pusat Perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Lam Kai Seng berkata, kanser prostat penyakit yang semakin meningkat dalam persekitaran tempatan disebabkan peningkatan dalam jangka hayat penduduk tempatan dan kemewahan yang semakin meningkat dalam gaya hidup dan diet yang mirip kepada penduduk barat. 

Selain itu, perspektif kebanyakan lelaki yang tunggu sakit baru berjumpa doktor juga antara yang menyumbang ke arah meningkatnya bilangan pesakit kanser prostat di negara ini.
Foto

“Ramai masih mengambil ringan mengenainya kerana berpendapat, jika sakit baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Tidak kurang juga yang menganggap ia hanya menyerang lelaki berusia.

“Sebenarnya, andaian itu salah kerana kanser prostat menyerang lelaki tanpa mengira usia. Tidak kurang juga ada yang tunggu ‘rasa sakit’ baru berjumpa doktor, sedangkan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Menurutnya, kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain.

“Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada gejala apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

Pada tahap kedua, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

“Seterusnya pada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke pundi seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati atau paru-paru,” katanya.

Sementara itu, Perunding Urologi, Datuk Dr Selvalingam Sothilingam berkata, setiap lelaki berisiko dijangkiti kanser prostat. Meskipun negara Asia mempunyai bilangan lebih rendah berbanding Eropah, tidak bermakna golongan lelaki di negara ini boleh berpeluk tubuh.

“Sesiapa saja boleh menghidap penyakit ini. Paling penting, perlu sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,” katanya.


Apakah simptom kanser ini?
  • Kerap buang air kecil
  • Aliran kencing lemah
  • Mati pucuk
  • Terdapat darah di dalam air kencing
  • Sakit sewaktu buang air kecil
  • Sukar mengawal rasa buang air kecil
  • Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada.


    Faktor risiko?
  • Sejarah keluarga
  • Pemakanan
  • Peningkatan usia
  • Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam.


    Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia.


    Rawatan

    Pembedahan dikenali prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra. Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.

    Sumber daripada myMetro : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kanserprostattakkenalusia/Article/index_html