Monday, 13 May 2013

SUSU IBU TERBAIK DI DUNIA


Jurnal Perubatan The Lancet dalam artikel The World Forgotten Children tahun lalu mendedahkan, hampir 11 juta kanak-kanak akan mati sebelum mereka mencapai umur 5 tahun. Manakala lebih separuh daripada kanak-kanak ini iaitu dalam anggaran kira-kira enam juta orang, akan mati disebabkan penyakit yang selalunya mudah dicegah atau dirawat kesan tidak disusukan ibunya.



Bayi negara ini `tidak `ketinggalan' kerana 58 peratus daripada kanak-kanak di seluruh dunia tidak menerima penyusuan susu ibu sepenuhnya pada empat bulan terpenting dalam hidup mereka yang mana 25 peratus adalah kekurangan zat iaitu penyumbang kepada 60 peratus kematian kanak-kanak. Hakikatnya, lebih dua 2 juta kematian bayi berusia kurang lima bulan boleh dicegah menerusi proses sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi; penyusuan susu ibu yang lebih baik (1.3 juta) dan penyusuan badan lengkap (0.6 juta).


Mitos mengenai susu ibu termasuk:

* Susu kering - Hanya satu peratus wanita tidak boleh menyusukan bayi mereka. Selebihnya kerana tidak bersungguh-sungguh.

* Luka - Biasa apabila menyusukan bayi. Cara menyusu, kedudukan bayi yang tidak betul menyebabkan boleh berlaku kecederaan.

* Penyebab sakit kuning - Susu ibu bukan penyebab sakit kuning, sebaliknya akibat hati yang belum berfungsi sepenuhnya.

* Berhenti menyusu bila bayi muntah-muntah - Sebaliknya ia adalah ubat terbaik bagi jangkitan usus bayi yang menyusu badan.

* Berhenti menyusukan bayi sekiranya ibu mengambil ubat - Satu jumlah yang sangat kecil kebanyakan ubat-ubatan muncul dalam air susu ibu. Beritahu doktor mengenai anda menyusu badan, maka doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu.

* Makan banyak untuk hasilkan banyak susu - Tidak benar. Ibu menyusu harus cuba untuk makan makanan yang seimbang, tidak perlu minum susu untuk membuat susu sebaliknya mengamalkan pemakanan yang sihat yang normal. Ibu perlu minum mengikut rasa dahaga beliau. Badan ibu tahu jika dia memerlukan lebih banyak cecair, dan memberitahu tubuh, dengan membuat terasa haus.

Faedah Susu Ibu:

* Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

* Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lainlain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

* Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

* Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.

BAGAIMANA SUSU TERHASIL
* Apabila bayi menghisap puting payu dara, rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukar darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.

* Susu ibu `dilepaskan' apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama, ibu tidak dapat merasai `pengeluaran itu' bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.

* Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payu dara dan keluar menerusi salur payu dara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.

* Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payu dara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Justeru dapatkan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat yang sedia membantu. Jangan berputus asa.

panduan menyusuan bayi

Sumber: Penasihat Penyusuan Pigeon

Perlu mula seawal hamil
PENYUSUAN membekalkan pemakanan yang lengkap kepada bayi malah dapat melindungi bayi daripada jangkitan. Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang.

Namun, apakah persediaan yang harus dilakukan? Berikut antara panduannya:

Persediaan sejak hamil :

* Bersedia dari segi mental untuk menyusukan bayi.

* Dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu daripada profesional kesihatan.

* Belajar teknik betul untuk menyusukan bayi.

Mula sejam selepas kelahiran :

* Letakkan bayi atas dada ibu sekurang-kurangnya 10 minit supaya agar mendapat sentuhan kulit.

* Rapatkan bayi ke payudara ibu untuk memulakan penyusuan dalam tempoh sejam selepas bersalin.

* Dapatkan bantuan daripada jururawat atau doktor untuk memulakan penyusuan susu ibu.

Susukan bayi dengan kerap dan ikut kemahuannya :

* Biarkan ibu sentiasa berada dengan bayi supaya bayi boleh disusukan seberapa kerap yang dikehendaki.

* Susukan bayi apabila dia menunjukkan tanda-tanda lapar (seperti membuka mulut, mencari payudara atau menangis).

* Susukan bayi siang dan malam sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari.

* Jangan beri puting tiruan kepada bayi yang menyusu dengan susu ibu melainkan atas nasihat doktor.

* Pada usia bawah enam bulan, beri hanya susu ibu tanpa minuman atau makanan tambahan, termasuklah air kosong (melainkan atas nasihat doktor).

* Perhatikan tanda bayi menerima cukup susu seperti membuang air kecil enam hingga lapan kali sehari, membuang air besar setiap hari dan membesar mengikut berat badan normal mengikut carta pertumbuhan.

Perah susu :

* Berikan susu perahan sungguhpun sudah keluar bekerja. Berlatih memerah susu ketika cuti bersalin, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kembali bertugas.

* Ketika cuti bersalin latih bayi untuk menyesuaikan diri dengan susu perahan.

* Simpan susu perahan dengan betul.Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk (2 - 4 darjah Celsius) selamat digunakan oleh bayi dalam tempoh lapan hari.

* Rancang jadual kerja supaya ibu mempunyai cukup masa untuk memerah susu.



makannan berkhasiat
Jaga pemakanan ibu dan bayi :

* Teruskan penyusuan ibu walaupun bayi sudah mengambil makanan pelengkap iaitu pada usia lebih enam bulan.

* Aturkan kerja rumah dan pastikan dapat tidur yang cukup.

* Makan makanan yang seimbang dengan tambahan satu sajian susu dan nasi atau bijirin lain.

* Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air minuman sehari.

Sokongan pasangan serta orang sekitar :

* Suami perlu berikan sokongan. Berikan perhatian kepada anak-anak lain ketika isteri sedang menyusukan anak-anak.

* Bantu isteri dengan kerja rumah.
Sokongan suami


* Dapatkan isteri makanan berkhasiat serta utamakan keperluannya.

* Majikan boleh sediakan tempat ibu memerah susu yang selesa serta peti ais di tempat berkenaan membolehkan susu perahan disimpan.

* Profesional kesihatan dan pengasuh kanak-kanak boleh menyokong penyusuan susu ibu dengan memberikan susu ibu saja kepada bayi apabila ibu mula bekerja.

* Oleh kerana kebaikan penyusuan susu ibu terbukti, maka galakan penyusuan susu ibu adalah amat diperlukan.

* Ibu mestikan berfikir secara positif dan tidak menganggap bahawa mereka tidak boleh menyusukan bayi selepas mereka kembali bekerja.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mencegah Sebelum SAKIT?!!

Kanser Payu Daya
AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan Habbatus Sauda sebagai salah satu alternative untuk MENCEGAH sel KANSER.


# Jika anda ingin tahu lebih lanjut lihat lah page yang lain (didalam blog ini) atau LIKED dulu di https://www.facebook.com/heiffahealth4u

Friday, 12 April 2013

Bayi baru lahir dan Jagaannya..

Keadaan bayi baru lahir
bayi baru lahir

1. Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.
2. Kulit mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.
3. Terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.
4. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
5. Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan.
6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna.
7. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.
8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.
9. Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.
10. Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
11. Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk elakkan jaundis.
12. Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa lebih selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.
13. Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi.

sayangi bayi anda


Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.
2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.
3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.
4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.
5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.
6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.
7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.
9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.
10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.
11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.
12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.
13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut.

Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan si ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu menjaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan daripada stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.


LIKED & HUBUNGI KAMI DI:
http://on.fb.me/1327zX9 or 017-9706058 / 014-7130534 (call/whatsapp)

#untuk maklumat lanjut dan info2 terbaik drpd kami..

Tuesday, 9 April 2013

Baby demam kuning?

#RAHSIA HABBATUS SAUDA

KE - 7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

kaedah rawatan di hospital

Apakah penyebab bayi mendapat demam kuning..

  • Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya. 

  • Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan. 

  • Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD. 

  • Lebam pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.

  • rawatan penyakit kuning
    Darah ibu dan bayi tidak sesuai.

  • Ibu menghidap kencing manis. 

  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.

  • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan. 

    Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan memerlukan rawatan rapi. 



    “Ia boleh disebabkan masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,” ujarnya. 

    Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan. 

    Namun menurut Doktor tidur yang nyenyak dan berpanjangan sepanjang hari akan menyebabkan bilirubin meningkat. 

    susu ibu baik untuk daya tahan bayi anda
    “Ini kerana bayi tidak dapat menyusu dengan kerap. Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,” katanya. 

    Bayi jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak memberikan air masak kerana air ini tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi. 

    Selain itu, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah akan mendorong kepada peningkatan bilirubin. 

    Terdapat juga jaundis susu ibu yang mengakibatkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Biasanya bermula daripada minggu kedua dan akan hilang selepas beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu mencukupi, bayi masih mendapat jaundis. 

    Jika kadar bilirubin terus meningkat, doktor mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama dua atau tiga hari. Namun dalam masa ini, ibu dinasihatkan memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

    antara teknik penyusuan
    Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Paling penting, jangan risau atau tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot. 

    “Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna. 
    Dapatkan bantuan daripada pihak hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang proses pengeluaran susu,” nasihatnya. 



    LIKED & HUBUNGI KAMI DI:
    http://on.fb.me/1327zX9 or 017-9706058 / 014-7130534 (call/whatsapp) 

  • Monday, 8 April 2013

    Cepat kurus jika menyusu anak?


    Ramai wanita risau tentang berat mereka selepas bersalin dan inginkan bentuk badan mereka kembali menarik dan seperti asal. Justeru, mereka mencari-cari bagaimana caranya untuk menguruskan badan sambil menyusu.
    Boleh ke kita kuruskan badan sambil menyusu? Bagaimana caranya nak turunkan berat badan semasa menyusukan bayi? Selamat tak kita berdiet sementara menyusu badan? Itu semua soalan-soalan yang biasa ditanyakan. 
    Jawapannya adalah, tidak salah kita berdiet dan boleh kita menguruskan badan ketika menyusu, asalkan kita tidak berlapar dan selalu mengaktifkan diri.
    Lagi satu, orang cakap menyusukan bayi adalah satu cara untuk cepat kurus juga. Faktanya, ibu yang menyusukan membakar purata 500 kalori sehari.  

    Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti ibu-ibu menyusu:
    1)  Berdiet hanya selepas anak melepasi umur 2 bulan 
    Ini adalah untuk memberi badan kita masa untuk menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi anda. Dengan menyusukan, badan kita membakar purata 200-500 kalori sehari.  
    2) Menyusukan tanpa had
    Kajian menunjukkan jika seseorang ibu itu kerap menyusu dan menyusu lebih daripada  6 bulan, ibu akan hilang lebih berat. Oleh itu, jangan risau tentang berat anda dan teruskan menyusukan badan secara eksklusif sampailah anak berumur 6 bulan.
    3) Makanlah sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari
    Adalah disarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari untuk memastikan susu anda mencukupi dan berkualiti. 
    susu ibu baik untuk anak kecil
    4) Tidak boleh turun berat lebih daripada 680 gram seminggu Ibu-ibu boleh turun berat sehingga 680 g seminggu atau 3kg sebulan selepas bulan kedua dan tidak menjejaskan susu dan kesihatan bayi.
    5) Kurangkan pengambilan kalori secara perlahan-lahan
    Jangan terlebih mengurangkan kalori, dikhuatiri akan menyebabkan kurangnya kualiti susu ibu.
    6) Elakkan ambil jalan mudah utk kurus
    Liquid diet, diet rendah karbohidrat, ubat kurus adalah sangat tidak digalakkan ketika menyusu..



    Ini pula tips-tips untuk yang hendak kuruskan badan semasa menyusukan:
    1) Jangan skip meal, kerana berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar
    Air Masak/Air Putih
    2) Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
    3) Jangan timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.
    4) Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan
    5) Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Cuba lebihkan makanan yang berfiberprotein tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.
    6) Makan lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan sihat.
    tidur yang cukup
    7) Pastikan anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda focus dan beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gaya pemakanan anda.Cuba untuk tidur sementara bayi anda tidur.
    8) Harus diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukan komitmen sebab berat akan turun secara beransur-ansur.  
    9) Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.
    10)MAKANLAH HABBATUS SAUDA
    #ANALISIS KIMIAWI KANDUNGAN BLACK SEED/HABBATUS SAUDA

    Black Seed mengandung beberapa substansi penting dalam jumlah yang signifikan. Daftar dibawah menunjukkan komposisi Black seed dengan kandungan aktif, nutrisi dan kandungan penting lainnya.

    ilai rata-rata nutrisi
    Kandungan Black Seed
    per-100gr kadar air
    US RDAB
    % of US RDAB
    INQ%
    Energy (kcal (MJ)
    531(222)
    2300 (9.63)
    23.1
    1
    Protein (g)
    20.8
    65
    32
    1.4
    Thiamin (mg)
    1.5
    1.5
    100
    4.3
    Riboflavin (mg)
    0.1
    1.7
    5.9
    0.3
    Pyridoxine (mg)
    0.5
    2
    25.
    1.1
    Niacin (mg)
    5.7
    20
    28.5
    1.2
    Calcium (mg)
    185.9
    1000
    18.6
    0.8
    Iron (mg)
    10.5
    18
    58.3
    2.5
    Copper (mg)
    1.8
    2
    90
    3.9
    Zinc (mg)
    6
    15
    40
    1.7
    Phosphorus (mg)
    526.5
    1000
    52.7
    2.3
    Folacin (mg)
    0.061
    0.4
    15.3
    0.7


    Komposisi minyak esensial (1,4%) Black Seed


    Carvone21.1%
    Alfa-Pinene7.4%
    Sabinene5.5%
    Beta-Pinene7.7%
    P-cymene46.8%
    Others11.5



    Asam Lemak Black Seed


    Myristic Asam(C14:0) 0.5%
    Palmitic Asam(C16:0) 13.7%
    Palmitoleic Asam(C16:1) 0.1%
    Stearic Asam(C18:0) 2.6%
    Oleic Asam(C18:1) 23.7%
    Linoleic Asam(C18:2) (omega-6) 57.9%
    Linolenic Asam(C18:3n-3) (omega-3) 0.2%
    Arachidic Asam(C20:0) 1.3%
    Sumber : http://habbat.com/madu/index.php?option=com_content&task=view&id=13&Itemid=2


    LIKED & HUBUNGI KAMI DI:
    http://on.fb.me/1327zX9 or 017-9706058 / 014-7130534 (call/whatsapp)

    Sunday, 7 April 2013

    Bahaya kanser pada wanita


    Mengenali Barah Payudara

    kanser payudara

    Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.   
    Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).  Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. 
    gambarajah tisu dalam payudara
    Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

    Kanser Serviks


    “Namun, apabila kanser ini semakin berkembang, ia mula menunjukkan simptom-simptom seperti sakit belakang badan, sakit ketika melakukan hubungan seks, sakit ketika membuang air kecil, pendarahan selepas menopaus dan pendarahan atau pengeluaran cecair abnormal pada vagina,” kata Ketua Perubatan Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin.

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0629&pub=kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm#ixzz2PjS1rD74 



    LIKED & HUBUNGI KAMI DI:
     http://on.fb.me/1327zX9 or 017-9706058 / 014-7130534 (call/whatsapp) 


    Tuesday, 2 April 2013

    Bagus untuk ibu mengandung

    Ibu mengandung
    Tahniah di atas kehamilan anda, wahai ibu-ibu yang SUPERB!!
    Kehamilan selama 9 bulan, bukanlah suatu masa yang singkat. Ia memerlukan pengorbanan masa , tenaga bahkan juga emosi. Sebagai ibu tentulah, mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita mahukan yang terbaik untuk mereka sejak percantuman benih lagi 
    Entry ini, ditulis khas buat ibu-ibu yang sering mengajukan soalan kepada pihak kami kerana mereka keliru sama ada Arifbillah Habbatus Sauda bolehkah dimakan semasa mengandung.
    Sebelum menjawab lebih lanjut, Mari kita lihat dahulu pengiktirafan Rasulullah S.A.W kepada habbatus sauda, jintan
    “Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda: ”Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “Apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)”
    Habbatus sauda juga dicadangkan sebagai pemakanan tambahan untuk ibu hamil kerana
    1. Ia mengandungi omega 3, 6 dan 9 yang membantu pertumbuhan bayi.
    2. Ia mengandungi kalsium yang sememangnya amat diperlukan untuk wanita hamil.
    3. Ia mengandungi asid lemak tambahan yang diperlukan untuk perkembangan otak
    4. Ia juga akan membantu pengeluaran susu ibu selepas kelahiran anak kerana habbatus sauda telah terbukti merangsang pengeluaran susu ibu.
    anak yang sihat
    Ibu-ibu hamil yang amat berminat mengamalkan AHS sebagai pemakanan tambahan semasa hamil bolehlah dimulakan dengan mengambil 1 kapsul dahulu. Sebaik-baiknya amalkanlah sentiasa sebelum, semasa dan selepas hamil. Semoga Puan dan anak dalam kandungan mendapat manfaat yang sebaiknya daripada habbatus sauda.






    LIKED & HUBUNGI KAMI DI:
    http://on.fb.me/1327zX9 or 017-9706058 / 014-7130534 (call/whatsapp)